Event Banner

Jururawat Kesihatan Awam : Mendukung Profesionalisme dan Memperkukuh Kompetensi Jururawat

A two-day seminar addressing modern challenges in nursing, featuring expert speakers and discussions on the future of healthcare.

Meet the Speakers

Speaker Photo
En. Raymie Amiril

Pegawai Perhubungan Awam Kanan

Unit Komunikasi Korporat KKM

Bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam Kanan di Unit Komunikasi Korporat, KKM dengan pengalaman luas dalam bidang komunikasi selama lebih dari 35 tahun. Beliau telah berkhidmat di KKM selama hampir 4 tahun dan memiliki latar belakang yang kukuh dalam sektor awam, termasuk peranan sebagai penceramah negara.

Speaker Photo
En. Chang Wei Hsien

Pegawai Psikologi

Unit Psikologi dan Kaunseling, IPKKM

Merupakan seorang Pegawai Psikologi berpengalaman luas, lebih 10 tahun dalam psikologi kaunseling. Beliau kini memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kanan S10. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari UTAR. Pengalaman kerjayanya termasuk perkhidmatan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, dan IPKKM.

Speaker Photo
Pn. Edawati binti Hamsah

Jururawat

Klinik Kesihatan Telupid, Beluran, Sabah

Berkhidmat selama 29 tahun dan mempunyai kelayakan post basic dalam kebidanan, kejururawatan kesihatan awam, dan pengurusan personel. Memperolehi Ijazah Sains Kejururawatan (Pengurusan) dari Universiti Malaya, diikuti dengan Sarjana dalam Kesihatan Wanita dari UiTM Puncak Alam. Kini, Edawati sedang dalam proses menyiapkan tesis PhD dalam Kesihatan Awam.

Speaker Photo
Pn Siti Nurzawani binti Asaari

Jururawat

Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Gombak

Seorang jururawat yang berpengalaman dengan latar belakang di bidang klinikal dan penyelidikan.
Beliau memiliki Sarjana Kejururawatan dari Universiti Malaya dan kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong.
Beliau turut aktif sebagai pembentang oral di kolokium kejururawatan kebangsaan dan penyelidik utama dalam beberapa kajian

Speaker Photo
Dr. Siti Raidah Binti Mohamad Azman

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Kesihatan Digital

Seorang pakar dalam perubatan dan informatik kesihatan (belajar perubatan di UGM tahun 2009, dan sarjana informatika kesihatan di UKM tahun 2022). Berpengalaman dalam Teleprimary Care, Beliau juga merupakan pakar rujuk (SME) untuk Sistem TPC-OHCIS. Dr. Siti Raidah gigih dalam menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan digital dan memberi maklumat terkini mengenai cabaran dalam bidang ini kepada kakitangan kesihatan awam.

Speaker Photo
Puan Nurul Hidayah Mat Sarip

Ketua Unit Psikologi Kaunseling

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

Beliau memiliki kelayakan akademik yang kukuh dengan Sarjana Kaunseling (Kaunseling Keluarga & Perkahwinan) dari USIM. Sebagai Professional Counsellor berdaftar, beliau juga berpengalaman dalam respon psikososial terhadap bencana, setelah mengikuti latihan di bawah program JICA, Jepun.

Speaker Photo
Nurul Syimir Binti MD.Ridzuan

Jururawat

Klinik Kesihatan Ampang

Nurul Syimir Binti Md. Ridzuan adalah seorang Jururawat di Klinik Kesihatan Ampang dengan hampir 10 tahun pengalaman dalam bidang kejururawatan klinikal, terutamanya dalam kesihatan awam.
Beliau memiliki Diploma Lanjutan Kebidanan dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Kesihatan (Kejururawatan).
Mudah menyesuaikan diri, bersemangat untuk belajar, dan mudah didekati, beliau komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Speaker Photo
Puan Jaminah Binti Yahya

Jururawat

Pejabat Kesihatan Bahagian Serian

Puan Jaminah Binti Yahya adalah seorang Ketua Penyelia Jururawat di Pejabat Kesihatan Bahagian Serian dengan pengalaman luas selama 32 tahun berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (B.Sc.(Hons) Nursing Practice Development), serta kepakaran dalam kebidanan dan kejururawatan kesihatan awam. Pengalaman perkhidmatan beliau merentasi pelbagai peringkat fasiliti perkhidmatan di hospital dan kesihatan awam.

Speaker Photo
Pn Shareena Bibi

Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan

Bahagian Kejururawatan, KKM

Berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang kejururawatan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Kejururawatan (Ortopedik) dari University of Adelaide, Australia, dan kelayakan pos basik kebidanan dari HKL (2003). Aktif dalam kepimpinan profesional, beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Jururawat Ortopedik Malaysia dan kini Naib Presiden (Hal Ehwal Kebangsaan dan Luar Negara). Beliau juga merupakan Penolong Editor Kajian Literatur untuk International Journal of Orthopaedic and Trauma Nursing (IJOTN), dan sedang melanjutkan pengajian PhD.

Speaker Photo
Dr Saidatul Norbaya binti Buang

Timbalan Pengarah (Kesihatan Keluarga)

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Pakar Perunding Kesihatan Awam dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam pembangunan dan pelaksanaan program kesihatan awam. Menerajui inisiatif kebangsaan berimpak tinggi seperti saringan skoliosis, vaksinasi HPV, dan saringan Talasemia. Berperanan penting dalam respons COVID-19, beliau juga aktif membangunkan dasar kesihatan keluarga dan menyumbang kepakaran di peringkat antarabangsa.Selain itu, beliau berkhidmat sebagai ahli lembaga gantian Malaysia untuk Pusat ASEAN bagi Penuaan Aktif dan Inovasi

Speaker Photo
Dr Hjh Azah binti Abdul Samad

Timbalan Pengarah (Kesihatan Primer)

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Pakar Perubatan Keluarga berpengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan kesihatan. Pernah mengetuai Klinik Kesihatan Jenis 1 dan menjawat Ketua Pakar Perubatan Keluarga di peringkat daerah dan negeri. Aktif dalam penggubalan dasar penjagaan primer, inisiatif pendigitalan kesihatan, serta pembangunan garis panduan kesihatan utama. Beliau juga seorang pendidik perubatan, pengarah program latihan kepakaran, penyelia klinikal universiti, dan penceramah di pelbagai forum kebangsaan dan antarabangsa.

Muat turun Atur cara

Event Schedule

Speaker Photo
En. Raymie Amiril
09:00 - 10:00
‘Awesome Jururawatku’

View Slides
Speaker Photo
En. Chang Wei Hsien
10:30 - 11:30
Budaya Integriti Kualiti Peribadi

View Slides
Speaker Photo
Pn. Edawati binti Hamsah
11:30 - 11:45
Awareness Risk of Traditional Food to The Incidence of Colorectal Cancer – A Qualitative Analysis

View Slides
Speaker Photo
Pn Siti Nurzawani binti Asaari
11:45 - 12:00
The Relationship between Online Learning Readiness & Learning Styles Among Registered Nurses In Gombak District

View Slides
Speaker Photo
Dr Siti Raidah binti Mohamad Azman
12:00 - 13:00
Pendigitalan dalam Program Kesihatan Awam

View Slides
Speaker Photo
Pn Nurul Hidayah binti Mat Sarip
14:30 - 15:30
Resolusi Konflik, Menyemai Harmoni

View Slides
Speaker Photo
Pn Nurul Syimir binti Md. Ridzuan
15:30 - 16:00
Di Sebalik Uniform Jururawat : “Realiti, Cabaran dan Harapan” - Urban Area Selangor

View Slides
Speaker Photo
Pn Jaminah binti Yahya
16:00 - 16:30
Di Sebalik Uniform Jururawat : “ Realiti, Cabaran dan Harapan” - Rural Area Sarawak

View Slides
Speaker Photo
Pn Shareena Bibi binti Mohd Arif
09:00 - 10:00
Profesionalisme dan Pembangunan Kerjaya Kejururawatan

View Slides
Speaker Photo
Majlis Perasmian
10:00 - 11:00

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

View Slides
Speaker Photo
Dr Saidatul Norbaya binti Buang
11:00 - 12:00
Overview Program Kesihatan Keluarga & Penglibatan Aktif Jururawat Dalam Menjayakan Program

View Slides
Speaker Photo
Dr Azah binti Abdul Samad
12:00 - 13:00
Overview Program Kesihatan Primer & Penglibatan Aktif Jururawat Dalam Menjayakan Program

View Slides
Muat turun Atur cara

Venue: Auditorium Perdana

Venue Image

Address: Jabatan Perdana Menteri

Anjuran

Sponsor LogoSponsor Logo